Heyya ^^

(^_^)
I am in a DreamyLand where there's no reality.. Let my fantasy pouring and pretend that reality doesn't exist!

Sunday 9 July 2017

A question a day: What's the most hurtful thing in love?

29/06/2017

What's the most hurtful thing in love?

I saw this question while I was scrolling twitter's timeline. So i asked some of my friends. Here are the answers:

- Waiting and lying
- One sided love
- To give up although you still love him
- When you are jealous but your partner doesn't know it
- disapproval from family especially parents
- When she is so far away...
- Your partner is not always with you
- When he said can't accept who you are now and ask u to change.

If you asked me, the most hurtful thing in love is EVERYTHING. Every single thing can hurt you, affects you mentally, emotionally and physically. Love just like life. We can never guess what will happen next. Just keep on walking, experience everything.

Friday 14 October 2016

Laila (01)

Dia masih sibuk bercinta dengan telefon bimbitnya. Aku tak mengerti. Apa gunanya ajak aku keluar kalau terus begini?

"Azim ooo Azim," panggilku. 

Aku cuba memecahkan kesunyian itu. Dia cuma mengangkat mukanya sebentar, memandangku dan kemudiannya tunduk bermain telefon bimbit berjenama Sony Xperia Z3. Aku mendengus perlahan.

"Azim, kalau kau nak terus main phone tu, teruskanlah. Aku nak balik. Buang masa je aku ada kat sini."

Tanpa menunggu sebarang jawapan, aku bingkas bangun. Baru sahaja kaki ingin melangkah pergi, Azim bersuara, "Nanti dulu Laila. Tolong jangan pergi."

"Apa lagi Zim? Dah setengah jam aku ada kat sebelah kau. Kau buat aku macam tunggul. Kalau tak ada apa-apa yang nak dibualkan, lebih baik aku balik, tak adalah aku buang masa je kat sini," aku menghamburkan rasa geramku pada Azim. Masakan tidak, dari mula aku sampai ke taman tasik ini, tidak ada satu perkataan pun keluar dari mulut Azim. Sibuk sangat dengan merenung telefon bimbitnya. Entah apa yang menarik, aku pun tak tahu.

"Parents aku dah bercerai. Aku kena ikut ibu pindah ke Perak, kampung halaman ibu," sayu nada suara Azim bila bersuara.

Aku tergamam, terus terduduk semula. Aku lihat mata Azim berkaca. "Zim, sorry, aku tak tahu. Sorry sebab marah-marah kau tadi."

"Takpe, Laila. Btw, lusa ni aku gerak dah. Lepas ni takdelah mak nenek nak membebel, marah-marah kat telinga aku ni. Mesti nanti aku rindu nak tengok muka kau, perangai annoying kau tu," balas Azim dan kemudiannya menghamburkan ketawa yang hambar, sangat hambar.

"Eleh, cakap orang, perangai jengkel kau tu lak macam mana? Siapa nanti nak tolong jadi 'gf palsu' kau setiap kali kau nak lari dari perempuan lain? Kalau nak suruh aku, payahlah weh. Melaka dengan Perak, bukannya dekat," balasku dengan suara yang ditahan-tahan. Perlahan, aku seka air mata yang menitis.

Lusa, ulang tahun persahabatan kami yang ke 10 dan juga merupakan hari perpisahan kami. Aku kenal Azim sejak darjah 1, dan sejak itu kami mengikat janji untuk jadi sahabat selamanya. 10 tahun jatuh dan bangun bersama, aku tak rasa aku cukup kuat untuk lalui hari-hari yang mendatang tanpa dia.

"Hmmm, tak dapatlah nak ambil exam SPM dan results sama-sama," rungut Azim. Nada suaranya jelas menunjukkan yang dia kecewa dan hampa. Aku hanya diam, tidak mampu bersuara.